Sunday, January 2, 2011

jodoh jodoh :")

sekiranya kita cinta pada manusia,
tidak semestinya manusia cinta pada kita.
tetapi sekiranya kita cinta pada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.

ya Allah,
andainya dia adalah jodoh yang ditetapkan olehmu kepadaku,
maka campakkanlah dalam hatiku cinta kepadanya adalah keranamu,
dan campakkanlah dalam hatinya cinta kepadaku adalah keranamu.
namun,
andai dia bukanlah jodoh yang ditetapkan olehmu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian yang engkau berikan kepadaku.

ya Allah,
jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya kepadamu,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintaimu.
jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padamu.
jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling darimu.
jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanmu.
jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindui syurgamu.
jika aku menikmati cinta kekasihmu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.
jika aku jatuh hati pada kekasihmu,
janganlah biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadamu.
jika kau halalkan aku merindui kekasihmu,
janganlah biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadamu.

*taken from iluvislam.com*

<3

nota kaki : indah bukan? hihihi. nak amalkan doa ni boleh tak?! :")
love,
hny