Friday, January 28, 2011

i love you mom and dad

okay seriously. sekarang touching gila bila sebut pasal mak ayah. sebak. hm mak ayah. memang when it comes to them, mesti banjir ah. hati aku dah tak kental, tak dapat nak tahan. bercucuran. hm mak ayah. bila flash back balik, mak ayah bagi muka sangat dekat anak2. habis anak2 dia semua manja. hm dah besar ni, kita anak dia patutnya lagi senangkan dorang kot, tp entah kenapa aku rasa bila dah besar macam lagi menyusahkan, lagi membebankan. sedih. kesian mak ayah. penat lelah semua, tak pernah fikir? anak mintak itu ini, semua mak ayah kasi. and baru2 ni masa birthday kakak, ayah kata "ayah takut sangat kalau anak2 ayah kecik hati", sebab beli cake lambat je pun. kitorang tak mintak pun. as long as we're all there together, one whole family happily ever after, that is more than enough. hm kenapa ayah cakap macamtu? kitorang tak kisah pun apa2. memang dunia dah akhir zaman. sampai macam tu. sumpah meleleh bila ayah cakap macam tu. hmmm. :'((

mak ayah. maafkan hny. ampunkan hny untuk semua dosa hny. dosa hny semua, hanya Tuhan yang tau. maafkan hny kalau hny pernah derhaka. maafkan hny kalau hny pernah tinggikan suara. maafkan hny kalau hny pernah berpaling muka. maafkan anakmu ini sekiranya anakmu ini pernah terguriskan hati bonda ayahanda. nak kira dengan apa yang mak ayah dah bagi dekat hny, memang tak terkira lah kan. mak ayah dah jaga hny sebaik-baik manusia. tapi hny, hny leka lalai dengan nafsu dunia. masih belum cukup, belum kukuh lagi iman di dada, hm hina, ya. kalau hny tak dapat nak balas jasa mak ayah, tak mampu nak jaga and bahagiakan mak ayah, tak mampu nak ringankan beban mak ayah, tak dapat tak mampu nak jadi macam apa yang mak ayah harapkan, hny mintak maaf mintak ampun. hny tak putus doa suatu hari nanti hny berusaha jadi anak solehah. insya'Allah. semoga hny dapat balas jasa mak ayah dekat dunia and akhirat nanti.


huhhh cepatlah habis study grad semua,
nak dapat keje elok, nak tanggung mak ayah pulak! :")




lots of love,
hny