Saturday, March 12, 2011

akan sampai masanya

ajal maut ditangan Allah. siapa kita nak halang takdirNya kan? hidup dekat dunia ni ada batasnya, ya. kita hanya mampu merancang.

aku insan hina. aku masih lemah. and aku masih cuba memperbaiki kelemahan diri. :'(

macam mana ni, bulan lima dah nak pergi.

cukup dah iman didada? cukup dah amalan bekalan untuk akhirat?

buat apa mintak dipanjangkan umur kalau hidup pun bergelumang dosa.
kan?

pernah terfikir?

andai takdir aku pergi dulu,
bila aku mati,

ada ke yang datang solatkan jenazah aku?
ada ke yang mengiringi jenazah aku untuk dikebumikan?
ada ke yang sedekahkan al-fatihah, yasin untuk aku?
ada ke yang menziarahi kubur aku nanti?

andai dah takdir aku pergi dulu,
ku pinta, buat kali terakhirnya,
doakan kesejahteraanku disisiNya,
doakan kesejahteraan keluargaku didunia.

moga rahmat dan hidayah Allah, mengiringiku menemaniku.
didunia, mahupun di akhirat.

dari Dia kita datang, dan kepada Dia kita kembali.

love,
hny